Pages

Sunday, November 24, 2019

Miss Lee (TVN) : 10 bintang!


Kak arra tahu, mesti ramai yang tak tengok siri Miss Lee ni kan?
Satu, sebab siri ni agak slow penceritaannya,
takde lawan2, takde rahsia2,
takde scene terkejut-terkejut macam rupanya anak bos adalah bukan anak sebenar,
takde hantu-hantu yang muncul dengan superpower.
dan kedua, sebab Miss Lee tak ada kisah cinta.
korang memang suka sangatlah kalau cerita cintan cintun merajuk merajuk kan?

Tapi, kalau korang peminat kisah kemasyarakatan,
minat kisah-kisah benar yang berlaku dalam dunia sekarang
dan korang pernah atau sedang berkecimpung dalam dunia perniagaan,
siri ni memang boleh buat kita tertunggu-tunggu setiap episod!


Kak arra memang tengah mengalami masalah syarikat,
jadi kebetulan siri ni ditayangkan di tvn,
memang kak arra terasa macam ada dalam kisah ni!
sejak Miss Lee ditayangkan, hari favourite kak arra ialah hari khamis dan jumaat!

Paling kak arra rasa nak beri tepukan standing ovation adalah pada pada screenwriter pengarah dan producer drama ni.
Diorang wajar kak arra beri sejambak bunga melur selepas kak arra penat tepuk sambil berdiri.
Sebab, diorang berjaya 'portray' semuanya ke layar. Semua situasinya bukan dibuat-buat, semuanya berlaku dalam dunia kita.

Rasa macam nak tanya penulis tu, pernah buka company ke? pernah ada handle pekerja ke? pernah kena pijak dengan pesaing?
Serious, sangat real. Ni kak arra nak listkan yang kak arra rasa sangat 'kena' dengan keadaan sebenar:


1. Kena buli dengan pekerja senior.

Miss lee bukan setakat disuruh buatkan air kopi, malah jadi kuli belikan barang pekerja senior. Moisturizer pun miss lee belikan?!  Padahal bukan senior bayar gaji miss lee tu! geram pulak kak arra hahaha


2. Tumpang duit syarikat beli barang peribadi.

Yang ni dalam company kak arra insyaAllah staf kak Arra x buat semua ni. tapi kak arra tahu wujud, sebab kadang-kadang bila kak arra nk issue resit, pelanggan akan minta lebihkan nilainya, so bila claim pada company, bolehla claim lebih. Kak arra tak pasti hukum halal haramnya kes mcm ni, tapi kalau tengok cerita miss lee ni, siap bawak balik tisu gulung dan peket-peket kopi pra-campuran. kalau kak arra bos situ, menangis bucu katil la kak arra, tambah-tambah kalau company pun tak ada duit. dah nak bayar gaji staf, nak tampung makan minum staf lagi?


3. Pekerja malas

Yang ni kak arra confirm semua company ada. takkan terlepas walau satu pun. cuma tahap malas tu berbeza la..ada malas sikit sikit seperti manusia normal (termasuk kak arra) dan ada yang malas melampau taktau dah nak habaq macam mana (eh macam kak arra jugak hahah). pekerja malas ni banyak sebab, tapi salah satunya sebab tak minat. budak tu suka melukis, kau paksa dia tulis report, mahu tak hilang semangat dia? tapi nak salahkan majikan pun tak boleh juga. mampuihla nak cari pekerja yang betul-betul minat untuk setiap jawatan. dan korang ingat yang kata 'saya minat' masa interview tu betul-betul minat ke? sekadar mengambil hati interviewer je kannnnn


4. Pekerja jadi pembelot / penghasut

Pernah tak tengok pekerja tu rajin sangat awal-awal? bila berkawan dengan kawan-kawan yang malas, dia pun ikut malas. lama-lama nak mengelap rak, nak menyusun barang dalam kedai pun malu sebab kawan-kawan pemalas tu akan ketawakan dan kata nak bodek bos.

'Kepala' pemalas a.k.a penghasut ni sudahla duit gaji tak berkat, dia juga secara tak langsung 'berhutang' dengan bos dia sebab bos dia bayar gaji dia dan kawan-kawan yang berjaya dia hasut for free. Penghasut ni nak kesan dia senang je. minta buat apa-apa, ada je alasan. ok lagi kalau ada alasan ni. yang jenis persoal balik haa yang ni memang buat bos mental. "kenapa kena susun macam tu? tapi customer kata bal bla bla. saya tengok kedai lain tak buat." Cakap kuat-kuat supaya pekerja lain dengar. Lepas tu bangga la sebab 'berani'. Makin disanjungi lah oleh pekerja lain. Makin tak buat kerja lah depa hahaha

Yang jenis ni, mungkin dia rasa bangga dapat 'bagi pendapat' pada bos tapi indirectly dia sedang tunjukkan 'true colours' dia. Hati-hati ya. The more we speak, the more we are showing our stupidity. ok ni kak arra ingatkan diri kak arra jugak (banyak sangat menulis (bercakap) di blog dan insta kan hahaha). Nak bagi pendapat itu bagus, cuma kena 'kena' pada tempatnya. Buat dulu kerja tu, lepas tu bolehlah nak bagi pendapat ke, hadiah ke, kuih ke.

Yang pembelot pulak, selalunya syarikat pesaingla yang akan pasang spy di kalangan pekerja syarikat lain dan offer macam-macam. emm.. kalau kes syarikat pesaing ajak kerja tempat dia dan offer gaji lagi tinggi tu kira pembelot ke? yang tu tak kot, selagi rahsia syarikat tak dibocorkan kan.

5. Ditekan syarikat besar

Yang ni kalau terma kak arra, ikan bilis (company kecil) dengan ikan jaws (company besar). kalau korang selalu masuk mahkamah (siapa yang selalu masuk mahkamah? hahaha) korang akan nampak syarikat yang selalu kena saman tapi tak dpt bela diri sendiri adalah syarikat kecil. tak tahulah apa rahsianya tapi syarikat kecil selaluuuuu sangat kena serbu dengan penguatkuasa. kak arra tahu sebab kak arra manage farmasi dulu, memang tak pernah dalam sebulan tu kalau takde yang datang check. dan setiap kali check akan korek jugak apa-apa nak disaman. itu bab undang-undang la. bab harga, bab supply, yang tu lain pulak.

pernah sekali tu promo susu, kami ni disebabkan customer dok tanya, kami call la supplier mintak supply. kedai besar sebelah kak arra bukan main banyak lagi stok dia. kedai kak arra? habis promo baru depa hantar. adil tak adil? agak-agak sebab apa?

dan korang perasan tak, kdai kecil selalu harga agak mahal dari kedai besar? itu sebab kuasa membeli pada company besar lebih besar. diorang boleh beli 1 jenis pampers sampai 3 lori, confirmla harga diorang dapat harga rendah, so jual pun bolehla letak rendah jugak. yang kedai kecik ni? sekali order setakat 12, mana nak dapat harga macam kedai besar. kenapa beli 12 je? dah kedai besar sekangkang kera nak order 3 lori nak letak mana? pastu duit nak beli tu nak dapat mana? pinjam jiran?


6. Ditipu kawan sendiri demi wang

Miss lee kena tipu dengan kawan baiknya sendiri, hanya sebab duit kan? Kalau korang ada kawan yang baik-baik, alhamdulillah. Ada yang tak bernasib baik, kena macam miss lee. kak arra alhamdulillah, kawan baik-baik semuanya, cuma kak arra nasihatkan, sila berhati-hati ya. duit ni jangan main-main kawan-kawan, ia boleh menyebabkan pak lebai berserban pun lupa dosa pahala.

7. CEO kilang hampir bunuh diri.

Semua orang boleh mengata bos macam-macam. kak arra percaya takkan ada pekerja yang suka 100% bos dia. sedangkan dgn makpak sendiri pun kita bising bila depa mintak buat benda yng kita tak suka kan. inikan orang yang tak ada pertalian darah bergelar bos. dulu kak arra ingat lagi, ada satu stesen radio yang bagi peluang orang lepas geram pada bos. punyalah ramai yang call marahkan bos. bos tak bagi cuti, bos tak bagi rehat, bos bagi gaji sikit. mungkin ada bos yang pentingkan diri sendiri, tapi setakat yang kak arra jumpa (masa p kursus bisnes dll) semua bos bukan sengaja nak jadi bos jahat, tapi terdesak.

Tak percaya? ok xpe, sila jadi bos dan terajui bisnes sebulan dua. cuba duduk fikir gaji pekerja mana nak cekau. masa tu sale drop. nak bg notis berhenti (walaupun bos ada hak) tak sampai hati. so selalunya bos akan kurangkan gaji sendiri dulu.

Orang nak maki company, orang kaitkan dengan tokey. barang rosak, busuk, senget, orang maki tokey. korang rasa bos ada masa untuk sakit kepala? kalau dah semua ni menyerabutkan, dapat tahu pulak staf mengutuk belakang, call radio marah-marah. mesti akan terlintas nak bunuh diri jugak macam ceo dalam cerita ni. serious tak tipu.

Tapi kita tak buat laaaa kan. terlintas je. dan kita pun tahu bunuh diri is not an option. kang tak pasal beban kita pindah kat makpak, kan dah naya? lagipun dah pilih masuk biz, dah pilih nak kembangkan biz dan hire org, maknanya dah pilih untuk kentalkan diri. betul tak?



8. Orang pandang rendah pada penampilan.

Paling kak arra hairan, macam mana miss lee boleh sabar je bila orang perlekeh dia jadi ceo. sabar sungguh! biasalah dalam otak orang, ceo ni pakai blazer, bawa beg kulit, cakap nada-nada berlagak sikit. tapi miss lee..tak sanggup kak arra nak ckp. kalau miss lee baca , kecik hati pulak dia (walaupun hakikatnya miss lee ni lagi bergaya 10x ganda dari kak arra huh!).

9. Anak lupa kesusahan ibu.

kak arra sedih bila tgk scene anak marah mak sebab mak tak ada dengan dia waktu membesar. kak arra rasa macam nak cakap "hey kau dah ada rumah, dah boleh p skolah, boleh beli buku, sebab mak kau kerja masa kau membesarlah bedebah!" nasib baik kak arra tak berlakon dalam cerita tu. satu episod akan berkisar pada kak arra menyekolahkan budak tu je nanti hehe


10. Guna cara kotor untuk dapat kerja, boleh ditendang bila-bila masa

Bila kita tak ada kemahiran, dan menggunakan jalan belakang untuk masuk sesuatu syarikat, kalau syarikat ada masalah dan nak buang pekerja, rasa-rasa siapa kena tendang dulu? yang berkemahiran dan boleh beri pulangan pada syarikat atau yang masuk tak tahu apa tunggu hujung bulan dapat gaji?

SO..... apa istimewanya Miss Lee ni?

3 sebab kenapa MISS LEE kak arra bagi 10 BINTANG


1. Tak seperti tipikal drama yang lain

Kalau korang biasa tengok drama, korang tahu kan, selalunya sesuatu watak tu akan berubah drastik. mcm miss lee ni, kak arra terfikir juga bila dia akan ubah penampilan. kak arra expect dia akan jadi lawa dan bergaya di pertengahan cerita, rupanya tak. so di situ logiknya kan? mana ada manusia yang boleh berubah tiba-tiba.

2. Tak perlu plot twist

Kalau drama lain, confirm akan ada plot twist mana-mana demi nak buat drama lebih menarik, tapi miss lee tidak. ia nampak membosankan sebab tak ada kejutan, tapi itu yang membuatkannya lebih real. memang realiti lah syarikat kecil takat mana yang depa boleh buat? stakat tukar taktik, setakat cuba ini cuba itu. normal. nampak sangat real berbanding kalau tiba-tiba bos ada anak kaya di oversea nak sponsor syarikat dan tiba-tiba syarikat kaya. walau kedengaran menarik tapi jarang sangat berlaku in real life.

3. Ending yang logik

Tak perlu nak semua happy ending. walau tetap endingnya menggembirakan, tapi ada juga yang sedihnya di situ, so sekali lagi, LOGIK.

Akhir kata

Kalau korang belum tengok Miss Lee tapi dah baca sampai habis entry ni, kak arra minta maaf banyak-banyak, terlebih pulak spoiler kak arra bagi. Tapi betul, kak arra tak tipu. Kalau korang owner syarikat, lagi laaa patut tengok, nescaya korang akan rasa lebih bersemangat nak usahakan company dan takkan senag-senang nak putus asa. Selamat menonton pada yang nk menonton ^_^

Last but not least, 10/10 for Miss Lee!

No comments:

Post a Comment

💙 be kind ^_^

FAM by SKZ.. So cute!

I love all Stray Kids songs to be honest. But this time, one of their song, FAM gave me a different feeling. A warm, fuzzy feeling to be exa...